Search

[Dengar & Taat]

Tugas kita semua apabil...

  • Share this:

[Dengar & Taat]

Tugas kita semua apabila berkata tentang Islam adalah Qallalah (firman Allah) & Qalla Rasulullah (sabda Rasulullah). Namun apabila kita berkata demikian, tidak kurang yang menolak 2 sumber rujukan Islam itu dengan berkata;

'Tapikan brother, Ustaz aku cakap begini."

Itulah reaksi akhir zaman. Apabila didatangkan firman Allah, kita menolak atau berbeza pendapat bukan kerana adanya dalil lain dari al-Quran & as-Sunnah tetapi kerana kata orang lain. Allah SWT berfirman;

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata."
(Al-Ahzaab 33:36)

Jadilah kita orang-orang yang berjaya dengan menjadikan prinsip hidup kita berpaksikan kepada al-Quran & as-Sunnah...

"Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat”; dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan."
[an-Nur 24:51]

Kami dengar dan kami taat dan bukannya kami dengar dan kami biarkan...

{[:-)=


Tags:

About author
not provided
"And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah i
View all posts